Puding Roti dengan Saus Custard

resep puding roti:

4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:

1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu
cair dan kacau adunan hingga sekata.

2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.

5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

resepi saus custard:
400ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.

2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.

3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.

4. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak

Comments

Popular posts from this blog

Kashikeyo Baipen (Screwpine fruit Porridge)

DIY Water Balloon Flip Flops!

Banbukeyo Hithi ( Breadfruit Curry)